Rabu, 21 Oktober 2009





PENGENALAN
Di atas kesedaran perlunya menjalankan prinsip kerjasama yang disarankan oleh Al-Quran - "Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan" (Al-Maidah:2) - Koperasi Awe Donde mengajak umat Islam di Malaysia khasnya ahli-ahli Keluarga Awe Donde, untuk turut serta memberikan sumbangan melalui wadah Koperasi bagi menjayakan misi Ke Arah Penghayatan Sistem Kewangan yang di Berkati. Sisamping itu dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara kita di dalam channel Awe Donde
Insyallah.....




KEISTIMEWAANNYA
Membangun dan menegakkan sistem ekonomi (muamalat) adalah tanggungjawab semua orang terutamanya kita sebagai Orang Islam baik  lelaki ataupunm perempuan Membangun ekonomi diri sendiri dan keluarga kito adalah lebih berkesan dan menjamin kejayaan jika melalui jemaah dan prinsip kerjasama (taa'wun)

Dapat mengelakkan ahli dan orang Islam dari terus terlibat atau bersyubahat dalam amalan kapitalis atau bangsa lain yang telah lama menguasai ekonomi bangsa dan agama kita kalau kita tidak mulakan dari sekarang bila lagi..??
Dapat menyalurkan kewangan dan harta kita kejalan yang kita benar-benar mengetahui daripada mana dan kemana aliran kewangan kita sebab kita sendiri yang menguruskannya
Daripada ahli dan orang Islam untuk kegunaan pada jalan Allah dan kemaslahatan ummah.
Dapat membantu saudara-saudara Islam yang memerlukan pertolongan dan pembelaan.
Mencarum seringgit sehari dalam koperasi akan menjadi batu asas kepada pembangunan ekonomi ummah dan meluaskan bidang urusniaga yang halal.





<>
SYARAT2 MENJADI AHLI KOPERASI AWE DONDE
Ahli Channel PTT Awe Donde @ Ahli Keluarganya
Keanggotaa Koperasi Awe Donde adalah dibuka semua orang yang
Semua Bangsa
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun keatas
Bermastautin di kawasan perjalanan Koperasi
Setia kawan 





CARA MENDAFTAR  
Dapatkan borang pendaftaran menjadi anggota melalui :
Datang sendiri ke Pejabat Koperasi Pusat atau

Hantarkan sampul surat (9" x 4") bersetem dan beralamat sendiri
          BENDAHARI PTT AWE DONDE
          LOT 444  Kampung Sat Hulu
          17500 Tanah Merah
          Kelantan



Dari Ahli Jawatankuasa @ Ahli PTT Awe Donde yang anda kenali
Cetak Borang Pendaftaran On-Line





DOKUMEN YANG DIPERLUKAN  
Untuk menjadi anggota Koperasi Muslimin sila isi borang Pendaftaran dan hantarkannya ke Pejabat Koperasi Pusat bersama-sama dokumen tersebut :



  • Salinan Kad Pengenalan  
  • Salinan Slip Gaji Terakhir ( Bagi Yang Berkenaan ) 
  • Bayaran Pendaftaran RM20.00
  • Bayaran Fee Masuk sebanyak RM200.00
          ( Bayaran Boleh Dibuat Dlm Tempoh 3 Bulan )





MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI
017-9260040
017-9012001
017-9696003
014-2134414
014-2134424
0145-131516





LAYARILAH HALAMAN2 SETERUSNYA